06 June 2010
SILA AMBIL PERHATIAN!!!
di ilham oleh mrWann 0 org mengumpat
07 April 2010
Apa Itu Saka?
| Apakah sebenarnya saka. Tanda-tandanya. Adakah orang yang ada saka boleh memberi kesan kepada rumah atau orang yang diziarahinya. Bagaimana merawat masalah ini? *Berikut adalah salah satu persoalan yang saya jawab di internet. ***Apakah sebenarnya saka. Tanda-tandanya. Adakah orang yang ada saka boleh memberi kesan kepada rumah atau orang yang diziarahinya. Bagaimana merawat masalah ini? @@@ Pandangan saya: APA ITU SAKA? Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan. Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya. Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb). Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka. Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka. Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap. Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut. Jadi, saya percaya (berdasarkan bentuk soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yang dimaksudkan oleh yang bertanya ini adalah saka sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan saya “hi-lite” kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan. TANDA-TANDA SAKA Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain. Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan. ADAKAH ORANG YANG ADA SAKA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA RUMAH ATAU ORANG YANG DIZIARAHINYA? Kesimpulannya- boleh memberi kesan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bergantung kepada jenis saka.
Saka boleh memberi kesan atas keizinan Tuhan, bukan bermaksud si saka itu ada keupayaan sendiri sejak azali. Samalah seperti tuan anjing, dia boleh mengarahkan anjingnya memudaratkan orang lain. Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh menyuruh sakanya memudaratkan orang lain. Bezanya anjing itu nampak sementara saka itu ghaib-tak nampak. Cara beroperasi sama saja. Di sini kita kena beriman dengan perkara-perkara ghaib. Antaranya percaya jin itu wujud, ia mampu bergerak pantas, ia mampu memudaratkan manusia, ia berusia panjang, jasad kasarnya lemah dsb dan semua itu dengan keizinan Tuhan. BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI? Bagi yang tahu dan menjaga saka- tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan masalah kepadanya. Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- kena melalui proses pembuangan saka atau rawatan. Bagi yang tak tahu- apabila dah tahu biasanya tak mahu, maka kena lalui proses pembuangan atau rawatan Cara rawatan pastinya melalui kaedah tradisional. Rawatan doktor moden setahu saya tak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada kajian terbaru yang membuktikan boleh). Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah rawatan sains moden (bukan ilmu kedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti melalui getaran, pernafasan, kuasa minda dan seumpamanya, *****a kaedah ini belum popular di kalangan masyarakat awam. Kaedah tradisional: Antaranya menggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat di mana mereka boleh kembali- berjaya dijauhkan buat sementara saja. Jika jin saka lebih kuat, biasanya ia tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati si sakit/ org yang nak buang. Malah mampu memudaratkan si perawat pula. Ada perawat yang berpendamping melibatkan sama cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1. Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan ayat Quran dan doa sbg “cover” shaja tetapi sebenarnya dia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jin/ jin-jin pembantunya sahaja. Ada juga perawat yang berpendamping tapi tidak menggunakan pendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua . Ada pula perawat yang sepenuhnya bergantung kepada ayat suci, doa dan petua semata-mata. Saka/ jin yang kuat sangat sukat untuk dibuang. Terutamanya jika yang ‘perjanjian’ dengan tuan punya saka yang mula-mula membuat perjanjian yang berat. Jin jenis hantu raya boleh dibuang dengan tipu helah. Jenis pelesit juga mudah dibuang. Jenis bajang agak sukar. Jin jenis Ifrit lagi sukar kerana ia kuat. Jenis polong saya kurang pasti. Jenis toyol jarang dijadikan saka kerana ia lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri. Banyak lagi jenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama ‘hantu’ oleh masyarakat Melayu. Yang penting, barang-barang tumpangan saka itu seperti alat perhiasan, kain berwarna, adat-adat/ upacara tertentu, mentera-mentera . sebarang bacaan dan seumpamanya mestilah dibuang. Tapi tak boleh dibuang sembarangan, kena ada ahli yang tahu cara-caranya. Jiak dibuang sembarangan ditakuti saka itu akan mengamok pula, lagi teruk. Saya mencadangkan cara rawatan Islam Darus Syifa oleh DR Haron Din dan anak buahnya. Tetapi kaedah rawatan mereka memerlukan sama usaha orang yaag nak dirawat, bukan usaha perawat sahaja. Org yang dirawat mesti meningkatkan ilmu,iman dan amal mereka sendiri untuk membuang dan seterusnya menghalang daripada si saka kembali. Ini lebih baik. WA. |
di ilham oleh mrWann 0 org mengumpat
Labels: info
Apa itu ROKOK
di ilham oleh mrWann 0 org mengumpat
Labels: info
06 April 2010
Asal usul dajal
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
di ilham oleh mrWann 0 org mengumpat
Labels: info
Apa itu cinta???

Apa Itu Cinta?
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).
Mengapa bercinta?
Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..
Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :
1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.
Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.
2. Apa matlamat Anda bercinta?
- Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
- Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
- Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
- Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
- Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.
Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.
3. Mengapa Anda Bercinta?
- Kerana ALLah?
- Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
- Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
- Kerana empunya diri itu sendiri?
- Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
4. Apa Modal Untuk Bercinta?
- Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.
5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
- Seminggu?
- Sebulan?
- Tiga, empat tahun?
- Sehingga habis belajar?
- Cinta hingga ke akhirat?
6. Kos Cinta
- Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
- Masa yang anda korbankan untuk sidia
- Hati dan perasaan
Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?) . Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.
Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.
Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?
di ilham oleh mrWann 0 org mengumpat
Labels: info
05 April 2010
3 Amalan Nabi Muhammad saw pada 10 malam terakhir Ramadhan
DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa:
“Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.”
Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar.
Antaranya:
1) Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.
Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
2) Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.
”Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran.
Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.
Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.
Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.
Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”
3) Memperbanyak doa.
Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.
Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah.
Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia.
Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.
p/s : Saya doakan diri saya & para sahabat mendapat kerberkatan dengan memperoleh malam lailatul qadar.. AMIN.
di ilham oleh mrWann 0 org mengumpat
Labels: info
Tips Pemakanan
Gaya hidup yang lebih kepada pemuasan nafsu syahwat tanpa batasan (seks rambang) telah melahirkan penyakit Aids yang sehingga kini belum ditemui penyembuh muktamad. Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan.
Justeru.....kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah GAYA PEMAKANAN SIHAT..
TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
GAYA PEMAKANAN SIHAT
di ilham oleh mrWann 0 org mengumpat
Labels: info
01 April 2010
Cancer chemical found in Pringles, Hula Hoops and Prince Charles's organic crisps
Duchy Originals crisps were found to contain the chemical acrylamide
An organic product sold under Prince Charles's Duchy Originals brand has been found to contain elevated levels of a cancer-causing chemical.
Hand-fried vegetable crisps from the Prince's range are among a number of products identified as containing acrylamide in a study by the Food Standards Agency (FSA).
Also on the list are Hula Hoops, Ryvita, Pringles and Tesco Ginger Nut biscuits.
Acrylamide is formed when starch-rich foods are fried, baked, grilled or toasted at high temperatures.
It has been found in a wide range of home-cooked and processed foods including potato crisps, French fries, bread, crispbreads and coffee.
Concerns about acrylamide first emerged in 2002 and food companies have made determined efforts to reduce the levels in their products.
The FSA has just published the results of the first survey in a three-year programme measuring the amounts of acrylamide and two other chemicals - furan and ethyl carbamate - in food.
Its report states these chemicals 'have the potential to cause cancer even at very low levels of exposure and experts advise that exposure to these process contaminants should be as low as reasonably practicable'.
Despite its warning, the Agency said it has concluded the levels of acrylamide found during its survey 'do not increase concern about the risk to human health'.
The highest readings for acrylamide were found in Tesco own-brand potato rings, ahead of the Duchy Originals vegetable crisps.
Among the fast-food chains, acrylamide levels were highest in the chips served by KFC, ahead of McDonald's and Burger King.
Procter & Gamble, which makes Pringles, criticised the FSA for going public with its findings.
Pringles are also on the FSA list
It said: 'P&G have made significant investments in finding and implementing ways to reduce acrylamide in Pringles.
'Though the level found at the time of the FSA analysis was accurate, the sample was made over a year ago (April 2007) and does not accurately represent values that would be found today.'
United Biscuits, which makes Hula Hoops, said: 'UB has been testing approaches to reduce levels of acrylamide through working with universities and its own research.'
A spokesman added: 'As acrylamide is formed in food by common cooking practices, it is likely that people have been exposed to it in their diet for thousands of years.'
The Ryvita Company said: 'It is important to recognise that wholegrain foods, such as Ryvita crispbread, play an important role in the diet and that there is compelling evidence to show that a diet rich in whole grain foods is actually good for your health.
'Ryvita continues to be actively engaged in finding new ways of reducing acrylamide in crispbread.'
Duchy Originals group chief executive Andrew Baker said: 'We place food security and product quality at the top of our priorities.
'We are aware of the report and are currently studying the fine detail with our licensed manufacturing partner.'
Can someone pls verify this !!!!
:
For those who don't read Chinese:
The chemical used in Pringles is also used in hair-perm chemical, a very harmful chemical even on a very insignificant quantity (will cause kidney cancer), adult shouldn't consume more than 0.01g per day while children not more than 0.003g!
Product called back from all Hong Kong markets & banned in USA .
.....and they were so terrified of "the melamine scare' from China. ? Pringles is from USA !!!
Let them all know please..in the interest of Health.
di ilham oleh mrWann 0 org mengumpat
Labels: info

